Ms Right;
About Diary Follow Newer Post



Aku
Aku manusia.
Pernah buat kesilapan.
Tak lari dari dosa.
Dibelenggu oleh syaitan.
Terhasut dari hasutan yang sangat manis.

Aku ingin bahagia.
Bahagia dengan keadaan yang stabil.
Aku nak gelak sana gelak sini dengan semua orang.
Penat nak bermasam muka sebab itu bukan diri aku.

Aku penat.
Penat dengan dunia ni.
Kenapa mesti aku tempuh semua ni.
Aku perlukan kebebasan, kebahagiaan, ketenangan.
Apa silap aku sampai macamtu sekali kau nak buat..


Aku punya hati.
Pada awalnya, hati ini lembut bagaikan awan biru.
Tapi sekarang hati ini keras sebabkan dugaan dugaan yang aku lalui keseorangan.
Hati ini sukar untuk menerima kegembiraan.
Kenapa.

Aku lemah.
Tapi aku beranikan diri untuk kuat.
Aku cuba lawan segalanya dengan berani.
Walaupun seorang diri.
Kerana aku tahu suatu hari nanti aku akan keseorangan selamanya.

Aku buntu.
Apa yang aku pernah lakukan sebelum ini.
Sampaikan ramai yang ingin jatuhkan aku.
Tak mengapa.
Kerana masih ada lagi yang cuba beri dorongan.

Aku hampa.
Hampa dengan sikap aku sendiri. 
Mulut kata berubah.
Tapi hati was was.
Mengapa perlu aku lalui begini.

Aku nak lari.
Lari dari segalanya.
Kalau boleh nak pergi jauh sekali sampai orang tak nampak.
Baru mereka puas hati tak nampak kelibat aku.
Mungkin juga mereka akan lega.

Aku taknak.
Taknak lalui apa yang bakal jadi selepas ini.
Tapi aku tak boleh elak selagi aku masih bernafas.
Aku cuba untuk terus kuat.
Dan takkan beralah.

Aku menyesal.
Menyesal dengan apa yang aku pernah lakukan sebelum ini.
Aku selalu cakap nak berubah tapi bila.
Aku selalu berdoa.
Mungkin Allah SWT tak perkenankan doa aku.
Sebab aku tak ikhlas.
Mungkin.

Assalamualaikum.



f